MEGALITH BUKIT BAGINDO.
Bukit ini sangat popular dengan batuan besar semulajadi.
Lokasi: Bukit Bagindo, Negeri Sembilan.
Fees: RM 8 (tidak termasuk guide & kebajikan line up).
Parking: masih percuma.
Parking: masih percuma.
Ketinggian: 450 meter.
Durasi : 2 jam @ lebih.
Bukit terdekat : Bukit Taisho & Jeram Tengkek (yang dalam pengetahuan saya).
Megah bunyinya. Megalith.😅😅.
Megas (besar/hebat) & Lithos (batu). Apabila digabungkan, jadilah ia megalith iaitu sebagai batu besar - dalam Bahasa Yunani kuno.
MEGALITH ini lebih kurang maksudnya beginilah kalau ikut kamus = seketul batu yang besar sebagai monumen tinggalan prasejarah.
MEGALITH sinonim dengan batu hidup @ batu kikir @ batu berombak @ wave rock.
Terutama di Bukit Bagindo. Kalau orang sebut batu kikir @ wave rock, haa itulah simbolik Bukit Bagindo di Kampung Majau, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Terutama di Bukit Bagindo. Kalau orang sebut batu kikir @ wave rock, haa itulah simbolik Bukit Bagindo di Kampung Majau, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kenapa Bukit Bagindo sinonim dengan megalith?
Sebab Megalith adalah batu besar yang telah digunakan untuk membina struktur atau monumen, sama ada bersendirian atau bersama-sama dengan batu lain. (Mengikut kamus Corsica).
Jika diperhati, di Bukit Bagindo terdapat banyak batuan besar samada sendirian atau bercantum dengan batuan lain. Inilah yang dikatakan seakan-akan sama dengan monumen. Cuma, kajian belum dapat memastikan samada tempat ini dahulu kala ada nilai prasejarah ataupun tidak. Melihat dari peninggalan, berkemungkinan ada. Namun, belum siap dikaji lagi.
MEGALITH juga diertikan sebagai batu besar yang diguna khas untuk sesuatu aktiviti. (Dalam kamus Corsica).
Dekat Bukit Bagindo, di bawah batu besar itu tersimpan makam (bukti jelas yang dijumpai oleh crew kami). Itulah yang batu ini dinamakan batu hidup.
Mengikut kata-kata orang, terdapat 2 makam di megalith. Namun, crew kami hanya jumpa satu makam sahaja. Dan makam tersebut dikatakan makam Bagindo sendiri. Nama asal Bagindo ialah Yaakob Bagindo. Merupakan orang pakar dalam selok belok hutan Majau ini. Sebab itu dahulu kala, British telah meminta tolong beliau bagi mencari hasil-hasil hutan Majau ini. Untuk menghargai jasa beliau, British telah aspirasikan bukit ini sebagai Bukit Bagindo. Wallahualam bissowab.
Kenapa dikenali wave rock pula?
Sebab, bukit ini mempunyai batuan semula jadi yang berbentuk ombak (berombak). Wave kan maksudnya ombak (dalam Bahasa Inggeris). Bukan satu wave rock. Ada lebih dari satu. Yang viralnya di 5 minit selepas bunting Bukit Bagindo. Itulah wave rock terbesar dan lekuknya seperti kita boleh muatkan diri kalau nak main sorok-menyorok @ peek a boo.😂😂😂. InshaAllah lawa sangat dan sesuatu yang kita takkan nampak di bandar Kota Metropolitan. Kat hutan ini je boleh tengok.
Masuk checkpoint pertama pun (dekat pondok kecil @ makam Bagindo) sudah terlihat seperti taman fairy. Siap ada bunga kertas lagi tumbuh atas batu. Yang berani pula, boleh rock climbing ke puncak batu.
Tapi guys, jangan terlajak jalan ke sebelah kiri pondok. Itu laluan berselfie saja, bukan ke puncak. Dan bersiap siaga lah, kerana pacak bermula dari checkpoint 1😂😂😂. Tiada diskaun pacaknya sehingga ke puncak. Jangan percaya signage yang mengatakan 500 meter lagi nak sampai puncak. Gurauan semata-mata😂😂😂.
Apa-apapun, nikmatilah bukit ini kerana khazanah alamnya cukup indah dan antara bukit satu-satunya yang mempunyai megalith semulajadi yang cantik. Sedangkan orang putih pun datang sini untuk melihatnya. Bukit ini popular kot di oversea sana🤗🤗.
Lepas habis memanjat, nak sejukkan diri atau tiruk, boleh terus gerak ke Jeram Tengkek, 10 minit je dari sini. InshaAllah. Waterfall dia boleh tahan lawa. Walaupun tempatnya terdapat kerosakan-kerosakan tiang penghadang.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2754835647942301&set=gm.839469486535075&type=3&theater&ifg=1
Comments
Post a Comment