KRONOLOGI PERTEMUAN ADIK-BERADIK HIKING


KRONOLOGI PERTEMUAN ADIK-BERADIK HIKING.
Aktiviti hiking sekarang sudah seperti sebuah mall. Tiba hari minggu je, mesti penuh puncak. Terutama puncak Angsi, Datuk, Denai 3 Puteri dan Bukit Keluang. Beratur nak ambil gambar di signage puncak.🤦Gigih beratur tuh. Hujan ke kemarau ke, tak kira. Tetap diteruskan pendakian. Jikalah puncaknya dibuka mall, perghh masyuk. Namun, apakan daya. Nak menuju puncak pun pelbagai jerih perih akar pokok, lecak, pacak dan pacat dilalui. Inikan pula nak angkut beban ke atas sana. Tak mampu lah🤣🤣.
Cuba kita ingat, bilakah pertama kali kita jumpa kawan-kawan hiking kita? Adakah kekal sampai sekarang? Untuk hiker, kebanyakan the best buddies mereka adalah sekufu. Yakni, mempunyai hobi yang sama. Dan nak jumpa pula, sentiasa jumpa di trip hiking je, tak perlu ke shopping mall or mana2 luxury place.
Dan, paling best bila hiking ialah chemistry. Kawan-kawan dilayan seperti adik-beradik. Inilah yang menyebabkan trip jadi lebih best. Pewai sudah tentu, tapi ada kawan-kawan yang support pada masa sama memberi kata semangat dan sentiasa tersenyum. Dalam 6 tahun saya berjinak dengan dunia hiking, sampai sekarang saya keep in touch dengan kawan2 hiking saya. Ada trip je, roger. Ada trip je, haa jom sekali.
KRONOLOGI nya macam ni lah. Saya suka hiking. Tapi, tak best hiking sorang2. Kemudian, ajak kawan. Bila kawan pun cakap best, maka kawan ajak pula kawan dia untuk next trip. Kemudian, kawan kepada kawan ajak pula kawan dia untuk next trip. Lama2, adik-beradik dan family pun ajak sekali. Situlah jadi ramai geng hiking. Ada bestfriend ajak bestfriend. Ada suami ajak isteri. Ada ibu bapa ajak anak. Ada boyfriend ajak girlfriend. ðŸ˜….
Ada juga join trip melalui war-war sosial media seperti Facebook. Dia up experience seronoknya trip, then yang membaca rasa macam bestnya. Terus add lah orang tu, tanya2 pula trip mana lepas ni, nak join juga. Daripada situ, yang tak kenal jadi kenal. Yang kenal hanya dari story orang, join trip maka jadilah kawan. Lepas tu, saling mengajak. Ko pergi trip sana ajak aku, aku pergi trip sini ajak ko. Tak ajak nanti merajuk.😅.
Daripada sini juga, gogo2 cuba cari line up yang aktif dan suka hiking, kemudian promote dia punya trip. Berminat boleh join. Line up pula suka berkawan dengan orang2 padu agar nanti boleh belajar jadi padu. Berkawan dengan orang expert gunung agar dapat belajar bergunung. Berkawan dengan guider agar lepas ni nak pergi trip, contact je guider yang kenal bawa pergi.
Seronok dunia hiking. Daripada lone ranger, dapat ramai kawan. Seperti adik-beradik hiking. Tak terlepas trip2 best. Juga tak terlepas info group mana best dan group mana kurang best. Group yang ada sejarah buruk pun dapat korek. Uish kuasa viral.
Apa-apapun, setakat ini, semua group yang saya join sangat best. Daripada 2014 hingga sekarang, terima warmth yang terbaik daripada setiap group. Belum jumpa group yang tak best.
Sekian adik-beradik hiking. Jumpa next trip.

Comments