KHAZANAH ALAM GUNUNG HITAM.🌿🌿.
Walaupun pacat dan pacak banyak, tapi hutannya menyimpan variasi keindahan yang tiada di hutan lain. Rare lah katakan.
1. Tasik - tempat berkumpul pun sudah dihidangkan dengan tasik yang cantik. Romantik yang amat.🙀
2. Kebun buah - laluan masuk pula akan berjumpa dengan kebun buah-buahan seperti rambutan, manggis, durian dll.
3. Taman bunga kuning - di pondok sebelum redah hutan tebal, dihidangkan dengan taman bunga kuning. Indah yang amat walaupun dah biasa lihat di luar.
4. Buluh - santapan seterusnya adalah buluh-buluh besar dan degil😅😅.
5. Sungai - ada lebih 3 kali anak sungai yang kami jumpa dan redah.
6. Buah berbentuk pear🍐. Berwarna hijau, disangka mangga pun tidak, disangka pear pun tidak. Tapi, iras-iras pear lah. (Tiada gambar, sebab tak ada mood nak tangkap gambar masa ni).
7. Buah berbentuk salak. Berwarna seakan-akan salak. Ada yang cakap buah rotan, ada yang cakap kelubi, ada yang cakap buah rotan. Iras-iras lah.
8. Buah berbentuk gasing - kawan cakap buah gasing, pastu boleh pulak kutip buat main gasing. Aduhai kawan😂😂.
9. Berangan hutan - awal-awal masuk hutan pun dah jumpa guguran buah berangan hutan.
10. Semut api - semut api hitam yang besar.
11. Kumbang rare - sejenis kumbang berwarna kuning polkadot tapi berbentuk segitiga dan bertanduk. Ada tangkap gambar tapi kurang jelas sebab natangnya kecil.
12. Rumah semut - pokok balak besar ditebuk jadi sarang semut hitam. Ingatkan sarang belatuk, rupanya semut.
13. Batu berteduh - ada satu batu besar yang boleh dijadikan shelter kerana berbentuk bumbung. Namun, disebabkan hampir maghrib, kami tidak singgah di situ, tidak berani dengan tempat cantik dan bersih di bawahnya.
14. Pacat - bagi Ruben (Indian line-up), dia suka pacat. Experience. 🤣🤣🤣.
15. Pacak - baru layan. Baru hardcore. Ada line-up suka pacak macam nih.
*16. Batu Bukit Bulan / batu bertindih* - inilah penemuan paling cantik di situ. Bentuk batu bertindih seakan-akan arca kepala orang / bentuk bulan.
17. Kulat bercahaya - kulat putih yang kita nampak siang hari, apabila malam dia bercahaya, indah yang amat. Tapi, janganlah salah sangkakan itu mata hantu pulak. Itu kulat. Saya dah suluh.😂😂
Dan banyak lagi khazanah hutan ini yang mungkin saya terlepas pandang. Geng2 Gunung Hitam yang lain boleh sambung cerita keindahan yang mereka nampak.😅
Comments
Post a Comment