ISTILAH PERMATANG.
Otai selalu pesan, bawa windbreaker/jaket jika lalu permatang, biasanya sebelum sampai puncak.π€
Makanya, tiap kali lalu kawasan permatang, menggigil kesejukan.
Makanya, tiap kali lalu kawasan permatang, menggigil kesejukan.
Permatang itu otai cakap ialah apabila kita berada di puncak gunung yang kiri dan kanannya ada jurang. Angin kuat bertiup sebab tiada pokok besar untuk halang angin dah kerana kita berada di tepi jurang. Makanya, bila hujan datang, kawasan permatang tu makin sejuk sehingga ke sum-sum tulang. Menggigil walaupun pakai windbreaker/jaket.
DBP cakap, permatang tu ialah beting/rabung/bumbung gunung. Englishnya orang sebut top edge where two sloping surfaces meet/long narrow land elevation.
Atau lebih senang disebut bahagian tertinggi pada lereng gunung atau bukit yang memanjang. Sudah tentu di kiri dan kanannya jurang. Bila jurang, enaklah angin menyerang sebab tiada penghadang.
Jika lalu permatang, kalau boleh percepatkan perjalanan, no rest rest. Sejuk tuh, nak beku kat situ? Tapi, kalau guider suruh berhenti untuk solat, jangan pula buat alasan tak boleh berhenti sebab permatang sejuk. Mungkin itulah satu-satunya tempat mendatar yang ada untuk solat. Yang lain dah tak ada. Takkan nak solat kat cerun kan. Nanti ada pula adegan makmun menggelongsor turun masa solatππ.
Comments
Post a Comment