KAYAKING @ TAMAN TASIK PUTRAJAYA




GUNUNG TINGGI BOLEH DIDAKI, INIKAN PULA KAYUH KAYAK.😅

Meh sis nak kongsi sikit experience sebagai first timer dalam dunia sukan air - kayak.

Tempat : Tasik Putrajaya
Harga : RM 10 (single) & RM 20 (double)
Durasi : 30 minit
Kawasan : semua kawasan tasik termasuk pulau kecuali jangan kacau kawasan memancing.

Last minute (one day before) sis diajak untuk join kayak member hiking. Kiranya geng nak rehat dari hiking lah ni buat sementara waktu. Kalau tak ke gunung, buat aktiviti riadah lain. Terperap dalam kawasan rumah bosan juga. Peluh pun tak keluar. Lemak je bertambah😅.

Mula-mula sis nak book untuk double, supaya ada peneman, kerana tidak pernah kayuh kayak. Namun, setelah sis menelaah sekejap orang-orang yang sedang mengayuh kayak, sis confident boleh buat sorang2. Atas alasan nak rasa feel kayuh sendiri dan keselesaan, sis bagitahu member nak kayuh single.

Sudah tentu permulaannya, coach ajar dulu, bagaimana nak ke kiri, ke kanan, reverse dan stop. Dah macam ajar bawa kereta pula. Cool je coach mengajar.😂😂

Benda wajib ada ialah jaket keselamatan. Walaupun anda dah wira renang, jangan sangka malang tidak berbau. Keselamatan nombor 1. Sedangkan yang arif berenang pun boleh mati lemas. Saja sama-sama mengingatkan. Kemudian, pakai jaket keselamatan betul2. Pastikan ada tali buckle dari bawah, untuk di buckled up dari celah paha ke bontot. Sebab jika itu tiada, mana tahu kalau terjatuh nanti, jaket terlucut, lemas juga. Bahaya tu. Dekat tempat snorkeling, coach memang tekankan tali buckle ni, sebab vest akan kembung ke atas bila di dalam air. Ada buckle dari bawah akan halang jaket terlucut.

Kemudian, pastikan ada dayung. Acane nak gerakkan kayak kalau tak ada dayung. Kayak dan dayung adalah satu jiwa. Ibarat pasangan bahagia. Perlu ada saya dan awak😂😂😂. Barulah boleh melayari bahtera bahagia sama-sama.😂😂

Dalam kita mengayuh, kita sendiri secara automatik akan belajar teknik2 yang diterangkan coach tadi. Tidak susah sangat pun belajar. Cam belajar alif ba ta, abc, 123. Tekniknya sama. Nak survived kena pandai guna akal. Kadang2 instinct pun berguna. Kita tahu jika nak belok ke kanan camne nak buat, jika kiri camne, nak reverse camne dan nak stop camne. It's easy as a pie.

Dah menguasai cara kayuhan, baru boleh praktis melajukan kayuhan. Begitulah agaknya petanding2 kayak berlatih.

Nak kata lenguh tangan, memang lenguh. Jadi, jangan paksa diri. Pelan2 kayuh, biar lambat asal selamat. Nak santai2, sandarkan belakang ke seat, dan kayuh perlahan-lahan sambil menikmati view tasik yang masya Allah indahnya itu.

Tapi, alert. Jika lebih masa 20 minit kena charge durasi 1 jam. Bermakna kena bayar lagi RM 10. Jika 10 minit boleh lepas lagi. 20 minit tak dah. Melainkan mood mereka ok masa tu, mungkin dilepaskan.

Baiklah itu saja perkongsian sis. Tak cuba tak cinta. Cubalah aktiviti kayak ni. Recommended. Best lah jugak.😅

#sahabathiking


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2705693826189817&set=gm.822434944905196&type=3&theater&ifg=1

Comments