BOLEHKAH WUDHUK' DENGAN CELUPKAN DIRI DALAM SUNGAI?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2421992811226588&set=gm.709056006243091&type=3&theater&ifg=1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2421992811226588&set=gm.709056006243091&type=3&theater&ifg=1
Para hikers wajib tahu hukum mengambil wudhu' dengan cara rendam/terjunkan diri di dalam air.
Sebelum tu, pastikan thoharah pakaian dulu, iaitu bersih daripada najis (samada air kencing, air wadi dll).
Dari segi fiqh, rendam diri dalam sungai untuk berwudhu' hukumnya adalah sah. Namun, dari segi Sunnah, ianya tidak menepati syarat berwudhu'.
(Sumber: Ustaz Hafiz, lulusan Universiti Islam Madinah & juga UM dalam bidang agama - PHD).
(Sumber: Ustaz Hafiz, lulusan Universiti Islam Madinah & juga UM dalam bidang agama - PHD).
Apa guna nabi adakan syarat tertib dalam rukun wudhu' jika tidak diikuti? Kita punya sumber rujukan utama kan al-Qur'an dan Sunnah. Tanpa Sunnah, al-Qur'an tidak dapat terangkan cara-caranya amalan sesuatu itu secara terperinci. (Pandangan para ulama').
Bak kata pelajar lulusan Fiqh dan Usul Fiqh (BA) yang juga lulusan Syariah & Undang-undang (MA) - "Kalau kurang yakin dengan terjunan/celupan tu, lebih baik buat satu-satu. Lebih meyakinkan wudhu' telah sempurna (fardhu+sunat dilaksanakan)👍(Sayyid, 2019).
Bak kata pelajar lulusan Bahasa Arab pula, "Sedangkan gunung yang susah boleh ditawan, inikan pula wudhu' yang senang. Air sungai elok je mengalir cantik, senang je nak ambil wudhu' secara tertib. Buat apa amalkan sesuatu yang bukan Sunnah pula.
Solat pakai kasut pula antara Sunnah yang dilupakan. Sah solat pakai kasut dengan syarat kasut bersih daripada najis. Tak yakin jangan buat pula. Namun, jika khuatir sejuk sangat, digalakkan pakai kasut. Saya pun selalu juga solat pakai kasut jika sampai puncak. Angin mencium pipi sampai ke sum-sum tulang kot.🤣🤣.
Bab wudhu' disapu atas kasut yang bukan khuf pula, tiada dalam kategori sunnah nabi.
Setakat kasut hiking biasa yang kita pakai ini, tak usahlah ambil wudhu' sapu atas kaki.
Setakat kasut hiking biasa yang kita pakai ini, tak usahlah ambil wudhu' sapu atas kaki.
Khuf barulah Sunnah. Khuf ialah kasut/stoking (a.k.a. air tidak menembusi). Contohnya kasut kulit dan stoking tebal) yang menutupi kaki hingga buku lali. Yang ni baru boleh sapu khuf. Nanti google macam mana bentuk kasut tu.
Walaupun khuf adalah Sunnah, namun mengikut jumhur ulama', antara sapu air pada kasut dengan bersihkan kaki, mana yang lebih baik? Jawapannya ialah bersihkan kaki.
Senang citer, tidak tahu cara guna, atau tiada ilmu mengenai khuf dan kurang yakin, lebih baik tak payah guna. Nanti salah amal, menyimpang pula.
Berbaliklah pada 5 maqasid yang saya terangkan pada artikel wudhu' yang sebelumnya.
Islam itu mudah, namun jangan dipermudahkan tanpa Sunnah.
JazaakumulLahukhayran sudi membaca. Barokallahufik.
Comments
Post a Comment