PACE KURA-KURA SENDU VS ARNAB BERDESUP.
Mungkin ada yang salah faham kepada geng-geng arnab ni. Mereka berdesup bukan sebab nak
tunjuk hebat atau tidak setiakawan, tapi nak jaga badan. Dalam penulisan abg Alley, my hiking buddies, saya ada terbaca pasal geng arnab ni yang berdesup. Mereka tak boleh buat pace kura-kura sendu, nanti reaksi badan akan bertindak malas, boleh menyebabkan pewai teroks. Itulah jadinya kes zombi berjalan. Jalan sambil tidur, mengantuk dan penat yang teramat.
Saya sendiri pernah jadi zombi yang diceritakan ini. Badan lemah longlai. Rasa nak buka tilam je masa tu.
Arnab berdesup nak jadi kura-kura sendu pula adalah kerana pilihan sendiri. Adalah kerana memilih
setiakawan berbanding badan sendiri. Kerana ini adalah hadiah tidak ternilai dalam dunia hiking. Orang macam ini seronok nak hiking sama2. Nak dijadikan pasangan hidup pun on. Setia orangnya. Insha Allah.
Makanya, kalau nak buat pace arnab berdesup, jangan ajak kawan2 pace tidak sama, kerana kita akan rasa serba salah nak berdesup kalau tengok kawan sendu. Dan kita pace kura-kura sendu macam
saya ni, sudah tentu takkan sebanding dengan arnab berdesup. Dan cuba lah elakkan diri ikut kawan2 arnab berdesup, nanti kena tinggal berbongkok-bongkok sorang-sorang.
、」、」
Kalau nak dibandingkan shopping dengan hiking, shopping lagi memenatkan. Nak buat cemana, kena jalan slow2, melilau kedai tu, kedai ni, pitstops banyak sangat. Inilah pace kura-kura sendu kalau
nak disamakan.
Kalau hiking, cubalah stop2, nanti kena sound. Orang belakang duk cucuk-cucuk nanti.
Takdan nak rnr banyak2. Badan tak pewai macam shopping.Samalah kes nak naik penang hill train atau cable car Genting. Kena ikut pace kura-kura sendu. Beratur panjang amat, buat kaki lemah
dan malas. Stress nak tunggu.
・・
Oleh itu, hikers yang pace kura-kura sendu macam saya ni contohnya, kena banyak training
kalau nak ikut pace arnab berdesup. Benda tidak mustahil terjadi. Practice make perintis kot. Baru boleh ikut naik G7.ツ
・・
Comments
Post a Comment