LESSONS FROM GEESE.
Minggu lepas, sempat mendengar kisah sekawan angsa terbang. Nasihat yang berguna walaupun agak panjang. Yang boleh digunakan dalam dunia hiking.
PENGAJARAN DARIPADA KAWANAN ANGSA TERBANG.
1) As each goose flaps its wings it creates “uplift”, an aerodynamics orientation that reduces air friction, for the birds that follow. By flying in a V-formation, the whole flock achieves a 70% greater flying range
than if each bird flew alone.
PENGAJARAN 1 = BERKONGSI TUJUAN YANG SAMA.
Hikers yang menuju tempat yang sama (puncak) boleh mendaki dengan lebih cepat dan kurang pewai jika mereka bergerak naik sama-sama dan turun sama-sama berbanding sendirian,
dimana jika sendirian, kebarangkalian untuk sesat ada. Dalam kumpulan, kita akan saling tolong-menolong (sense of humanity) kebiasaannya kerana mereka berkongsi tujuan yang sama, iaitu puncak. Kebarangkalian untuk sesat pun hampir tiada.
2. Flying in a V-formation increase the visibility as every goose can see what’s happening in front
of them.
PENGAJARAN 2 = MENINGKATKAN DAYA LIHAT (KESELAMATAN).
Bergerak dalam kumpulan (rantaian) boleh meningkatkan keselamatan kita, kerana setiap line up boleh lihat dan peka dengan apa yang berlaku di hadapan mereka. Contohnya, jika ada lecak yang dalam atau batang pokok yang perlu dielak atau ular dsb. Dengan ini juga, guider boleh mengawasi dan tetap bersama dengan line up nya untuk bagi arahan dengan lebih baik ketika berhiking.
3. When a goose falls out of formation, it suddenly feels the friction of flying alone. It then quickly adjusts its mistake and moves back into formation to take advantage of the lifting power of the bird immediately in front of it.
PENGAJARAN 3 = JANGAN MALU MEMINTA TOLONG
Jika cedera atau pewai, jangan malu bercakap untuk meminta tolong. Jangan ikut pace orang. Biarkan yang lain lalu dahulu. Mereka akan tunggu kita di hadapan. Selepas dirawat, kan kita boleh bergerak dengan lebih baik lagi walaupun telah bertukar posisi ke belakang. Masa ini, crew perlu keluarkan first aid untuk merawat line up yang sakit.
4. When the lead goose in the front gets tired, it rotates back into the formation and allows another goose to take the leadership position.
PENGAJARAN 4 : MENGGALAKKAN YANG LAIN KE DEPAN
Kalau nampak kawan di belakang mencucuk- cucuk nak ke depan, bagilah laluan kat dia. Mungkin nak merasa juga duduk di line depan. Dan jika nampak kawan kat belakang asyik tertinggal jauh, cuba kita ambil posisi belakang dia. Dengan ini, kita boleh push dia sikit2 untuk jalan cepat sikit. Mesti dia akan rasa tercabar kalau ada orang duk cucuk-cucuk dia kat belakang.
Guider pun, kalau yang kat depan dah letih, tukarlah dengan guider yang lain pulak.
5. The geese honk to recognize each other and encourage those up front to keep up their speed.
PENGAJARAN 5 = SELALU MEMBERI SEMANGAT KEPADA YANG LAIN
Jika nampak ada yang nak pewai, kita bagilah kata-kata semangat sikit kat dia. Buat lawak ke. Biasanya, guider atau sweeper akan ambil posisi ini bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada line up nya. Kalau nampak line up yang laju, kita pujilah sikit "Padunya", "powernya". Baru dia akan rasa lebih semangat lagi untuk kekalkan kelajuannya. Kadang2, line up akan rasa lebih barai apabila tiada orang yang nak bagi kata-kata semangat kepada
dia/ bercakap dengan dia. Terutama, apabila ditinggalkan sendirian dengan jarak yang agak jauh walaupun boleh nampak orang depan. Cubalah kita bagi motivasi sikit dekat kawan kita, walaupun belum kenal rapat sebab first time on trek.
6. When a goose gets sick or wounded, two geese drop out of formation and follow it down to help and protect it. They stay with it until it dies or is able to fly again. Then, they launch out with another formation or catch up with the flock.
PENGAJARAN 6 = MEMBERI SOKONGAN DAN PERTOLONGAN DALAM WAKTU YANG MENCABAR
Sentiasa bersama kawan-kawan di masa-masa susah atau mencabar. Itulah dinamakan
setiakawan. Memang mudah bagi kita jika menjadi sebahagian daripada team yang laju dan cepat sampai puncak, tapi apabila ada kawan yang berada di situasi yang susah dan mencabar, itulah masanya dia sangat perlukan kita. Jangan tinggalkan kawan kita. Walaupun akan ada situasi dimana kawan kita tidak dapat meneruskan pendakian dan perlu berpatah, kawan yang baik akan tetap bersamanya. Tidak lari gunung dikejar. Kita boleh cari balik gunung tu. Tapi, setiakawan sekali hancur, sukar dicari balik.
7. The geese migration routes never vary. They use the same route year after year. Even when the flock members change, the young learn the route from their parents. In the spring they will go back to the spot where they were born.
PENGAJARAN 7 = KEKAL BERPEGANG PADA TUJUAN ASAL PENDAKIAN
Sebagai gogo, sudah tentu kita juga inginkan income pada setiap trip. Bisnes kan. Namun, janganlah kita melampau, sekadar mengejar pulangan tanpa ambil peduli keperluan asas dalam pendakian. Guider, sweeper dan line up lepas ni mungkin berbeza. Tapi, untuk membina sebuah team pendakian yang terbaik perlulah kita pegang pada tujuan asas mendaki iaitu mengejar puncak sambil melihat keindahan gunung ini tanpa mengabaikan keselamatan dan kebajikan line up. Dengan ini, baru line up rasa ketagih nak join lagi setiap kali ada trip.
���
Setiap orang mungkin ada tafsiran yang berbeza. Tapi, inilah tafsiran tak seberapa daripada saya.
Baiklah sekian ilmunya hari ini. Selamat membaca dan terima kasih kerana hadam������.������.
Comments
Post a Comment