ISTILAH ORANG GUNUNG 2
Sambungan ke-2.
Hari tu dah disebut tentang gogo, guider, sweeper, line up, shooter, crew, tanker, loader, pewai, lipak dan dapur haram... Hari ni nak tambah je.
1) MAKCIK & PAKCIK KANTIN -
Chef/tukang masak di gunung. Takde depa ni, meroyan perut kelaparan.馃ぃ馃ぃ.
Pertama kali dengar bahasa ni masa trip ke Rajah. Abg Alley Mitt Anderson dan kawan2 yang duk masak meggi kat kami masa tu. Terharu sangat. Geng arnab berdesup masak untuk geng Kura-kura sendu.馃槳.
2) SENDU a.k.a PEWAI -
Jalan slow/lambat. Line up kura-kura sendu, inilah dia perumpaan nya. Masa trip Rajah jugalah dengar bahasa ni. Akak Apple Lilly selalu sebut.
馃槄
3) TIRUK -Terjun dalam air. Biasanya bila ada air terjun, tiruk selalu digunakan. First time dengar bahasa ni juga masa kat trip Rajah. Muhammad Ariff yang perkenalkan word ni.
馃槄
4) NUBIS KUBIS -
Asal dari perkataan newbies. Orang baru nak hiking. Baby lagi lah katakan. Tapi, yang padu akan selalu sebut "saya nubis kubis je". Tak caye cuba tanya kawan2 hiking padu anda. Rendah diri.
5) SEPAK DAUN/ SEPAK RANTING -
Trip santai yang tidak laju berkejaran mahupun tidak slow kebelakangan. Steady je sampai puncak. Syok trip sepak daun ni. Tak stress.
6) PADU - Orang kuat/hebat dalam dunia hiking. Berdesup ciri2 nya. Laju kemain tinggalkan kura2 sendu macam saya ni kalau ikut orang padu.
馃ぃ
7) 7-Eleven -
Pembawa makanan yang pelbagai. Periuk pun boleh. Kalau sportcheck beg dia, macam2 ada. Gigih bawa macam2 benda. "Ingat, setiap yang dibawa semua berguna taw kat hutan, jangan ingat tak penting." Quote dariNurul Hidayah masa trip Nuang.
馃槄
8) SHOOTER -
Penambahan info sebelumnya. Orang yang biasanya akan puncak dulu/campsite untuk book tempat. Juga orang yang tengok2 kan jalan, kemudian roger pada crews laluan ok ke tak. Selain itu, orang yang perlu expert dalam medic sebab pembawa first aid a.k.a runner juga lah. Juga orangnya penting dalam fast decision making jika sesuatu terjadi. Kata gogo abg Kamarual Rasidi.
9) MAKCIK BAWANG -
Tak tahu lah kena ada ke tak dalam trip, tapi depa ni lah penghibur suasana especially penghibur hati kepada geng2 pewai.
10) MALIM -
a.k.a guider. Kurang arif dengan word ni, tapi biasa dengar.
11) TANKER/PORTER -
Dua2 ni ada maksud berbeza. Tanker adalah pembawa barang (tidak berbayar). Manakala, porter adalah berbayar. Biasanya load mereka bawa berat2. Contohnya, di Gunung Kinabalu. Siap boleh bawa peti lagi naik atas. Siapa yang tak larat biasanya akan order porter. Dan bayaran biasanya dibuat ikut kilo barang yang dibawa. Wallahualam.
馃槄
Ramai boleh jadi tanker, tapi tak ramai boleh buat porter. Orang kuat paduik, badan otot urat besi bolehlah buat.
12) KADIR ?? -
Belum jumpa maksudnya. Siapa tahu boleh la salurkan info. Tqvm.
Sekian, setakat ni saja kamus hari ini.
Comments
Post a Comment