CARA SIS PADU ELAK PEWAI
Sedangkan yang fit pun boleh pewai, apatah lagi kami insan biasa. Saya diajar beberapa lagi ilmu hutan untuk dikongsi-kongsi.
1) MUZIK - boleh dikatakan akan tenangkan fikiran kita bila rasa nak pewai. Bila kita dengar musik, ia boleh mengelakkan kita daripada mental dan fikir2 bila nak sampai. Tapi, jangan pasang earphone, nanti gajah datang tak dengar pulak.馃ぃBagilah orang lain dengar juga. Sama2 mendengar dan melayan.馃
槄
2) PERBUALAN - makanya penting ada sweeper dan guider yang pandai memecahkan kesunyian dengan lagaknya yang kelakar mahupun giler2, namun last2 selitlah ilmu hutan yang bermanfaat juga. Macam guider kami.馃
ぃ
3) SETIAKAWAN - pentingnya mencari sahabat yang boleh dikatakan naik sama2, turun sama2, pewai sama2. Sahabat yang dah terbiasa lebih selesa berbual bagi membunuh masa. Taklah mental tengok sahabat tinggalkan sahabat semata-mata nak kejar puncak.
4) MAKANAN MANIS - ada otai malah sweeper dan guider saya selalu bawa lollipop. Sampai saya pun terikut-ikut bawa satu paket. Tujuan dia banyak.
Pertama manisnya akan menambah tenaga buat badan yang lemah. Kedua, mengasyikkan bila dinikmati. Ketiga, kerana asyik, fikiran dah kurang fikir bila nak sampai. Keempat, memang disukai ramai馃ぃNamun, ada yang cakap, gula-gula atau coklat boleh membuatkan kita haus.
Makanya bawa air yang mencukupi. Kalau ada waterpoint, isi secukupnya, jangan malas turun.
5) KEKACANG - katanya otai, kekacang dapat membantu menahan lapar. Sambil kunyah2 tu, mengasyikkan juga. Bila dah asyik, fikiran boleh tenang sikit, tak fikir banyak bila nak sampai puncak.
6) MAKANAN SUNNAH - ini lagi ok. Bawa kurma/kismis/madu jika ada. Benda2 manis boleh tambah tenaga.
7) NASI/MAKANAN BERAT YANG LAIN - paksa badan makan bila dah masak/bawa. Ya, badan kita biasanya kalau dah penat, memang tak lalu makan. Jangan gitu ya, nanti cepat pewai. Badan akan guna banyak tenaga. Kalau kita tak makan, nanti akan menyusahkan guider dan sweeper sebab pewai kerana lapar.
8.) RINGANKAN LOAD - yang akan melambatkan kita adalah load yang berat (salah satunya). Kalau dah berat, pewai lah jawabnya. Sekarang tak perlu dah bawa beras berkilo-kilo kalau nak pergi trip
camping. Bawa pek kecik KEMBARA/ BRAHIM/ SHARIFAH. Nanti boleh cari kat kedai. Pek ni tak perlu guna air panas pun. Guna air biasa2 saja dan air apapun. Otai cakap air kencing pun boleh (gurau). Senang sangat dan tak susah, malah tak berat pun.
Lagi2 barang yang tidak dirasakan perlu buat sementara waktu, toksah lah bawa. Tinggal dulu dalam beg asing dan letak dalam kereta.
Ada banyak lagi ilmu yang diajar. Nanti sis ingat, sis tulis lagi. InsyaAllah.
馃槄馃槄.
Comments
Post a Comment