ZOMBI YONG BELAR.
Pesanan buat pendaki Gunung Yong Belar seterusnya.
Terutama buat kakak2 ku yang nak
pergi Yong Belar minggu depan dan tak sabar2 menunggu pengalaman ku di sana😂😂😂.
1) MENTAL -
sebetulnya, Gunung Yong Belar adalah trip hardcore walaupun antara Gunung G7
yang paling senang, kata otai. Gunung yang keras. Sebab itu mental juga perlu
keras.
2) POWIL -
Muqaddimah gunungnya pun dah keras. Makanya bagi sisters, kalau dah naik powil,
cari tempat untuk duduk, sebab jalannya nanti berbatu-batu dan terhuyung-hayang
semasa lalui kebun. 45 minit bukan masa yang cepat. Sakit tulang-belulang nanti
kalau tidak jaga, kang jadinya tenaga dah habis guna kat powil.
3) TANDAS - jangan risau, tempat drop nanti masa kat kebun ada
tandas. Jadi, sebelum naik, buang dulu segala apa hajat. Atas dah tak ada
tandas enak, ada tandas alam je.
4) RATION -
jangan lupa makan dulu sebelum naik. Paksa diri makan sebab kita perlu gunakan
banyak tenaga. Biasa crew akan passkan breakfast dan lunchpax (bagi trip yang
included ration) .Pintu masuk dah memacak oii. Bertabahlah.
5) BAJU SEJUK - wajib bawa. Seriously, cuaca kat sana sangat sejuk bila pagi
dan malam. Sedangkan waktu petang pun dah sejuk dari Pelaur ke puncak. Tapi,
dari pelaur nak turun kebun semula, waktu tengah hari dah tak sejuk, panas je
jika tak hujan.
Nah, sekarang kita selitkan tajuk cerita. "ZOMBI YONG BELAR".
Trip kali ini kami naik jam 11.00 pagi lebih kurang daripada Kem
Pelaur, setelah letak beg camping. Set up fly ground dan khemah crew yang buat.
Line up cuma perlu siapkan barang2 untuk shoot ke puncak.
Benda yang WAJIB bawa. Jangan malas dan jangan underestimated.
i) Air -
bawa je dalam 2Liter air. Perlukan air secukupnya jika nak elak penyakit
datang. Terutama hypothermia. Cuba berbaik dengan abg sado kalau rasa tak larat
nak bawa berat.
ii) Makanan -
bawalah juga walaupun gula2. Sejuk2 perut cepat lapar. Siapa yang ada stove
bawa. Sebab atas sana sejuk tahap ais batu dalam peti. Ada stove, nanti kat
rest station boleh buka dapur haram dulu, masak air panaskan badan. Sebab itu
perlu juga bawa air banyak. Crews terutama perlu take note. Kalau nak bagi
servis terbaik pada pelanggannya, perlu bawa stove, air, makanan dan ubatan
bagi setiap crew yang jaga line up. Terutama, guider /sweeper setiap team
(kalau team dibahagikan lah). Seperti trip kali ini, guider bawa banyak makanan
dan air untuk line up. Terbaik sangat trip kali ini. Biasanya akan ada team
laju dan lambat.
iii) BAJU SEJUK/WIND BREAKER - bawa yang tebal. Serius saya boleh cakap, kalau petang belum
sampai puncak, bermaksud akan tiba malam. Dan kesejukan nya seperti dalam peti
ais. Saya yang pakai wind breaker + ponco2 pun tidak dapat menahan sejuk
sepenuhnya. Kalau rasa berat, cubalah minta tolong abg sado bawakan. InsyaAllah
mereka caring. Jangan pandang ringan guys.
Trip kali ini, sorang line up dah kena hypothermia (sejuk yang
melampau) tapi tahap awal. Tangan menggigil. Dan apa yang perlu kita buat bila
ada yang terkena hypothermia adalah bagi kepanasan badan kita kat dia. Peluk
dia. Dan kita perlu bertindak cepat dengan angkat sauh (bergerak), kerana kalau
kita duduk lama2, sejuk akan makin sejuk menyerang. Tapi, kalau kita berjalan,
badan kita akan mengeluarkan peluh dan lama2 akan panas. Sebab itu, masa rest
station nanti, kita perlu makan kerana makanan itu akan terbakar dalam badan
kita yang boleh memanaskan badan. Untung siapa yang ada metabolisme tinggi
kerana makanannya cepat terbakar dan boleh panaskan badannya dengan cepat pada
masa tu.
iv) EMERGENCY BLANKET - yang seperti aluminium tu. Jika taknak bawa baju
sejuk/windbreaker, boleh bawa aluminium ni. Panas bila pakainya. Siap boleh
tidur berdengkur lagi kalau ada ni. Nak guna plastik sampah hitam pun ok. Tapi,
aluminium ni lagi ok lah. Line up yang terkena hypothermia tu cakap panas bila
pakai aluminium ni. Nampak tak keberkesanan dia kat situ.
v) BAJU SPARE - bagi yang kuat berpeluh, bawalah baju spare satu. Sebab, bila
badan dah basah, maka sampai puncak nanti, akan rasa sejuk yang teramat. Dan
baju yang basah tu perlu segera tukar supaya tidak terkena penyakit
hypothermia. Jangan underestimate guys. Bahaya ni. Seperti biasa, berbaik-baik
dengan abang padu. Bagi mereka bawa. Dah padu kan, kena lah saling tolong-menolong.
vi) GUIDER & SWEEPER YANG PENYABAR - trip kami kali ini bawa tema
"semua sampai puncak". Guider kami telah akur dengan pilihan pertama
daripada tiga pilihan yang telah dibincangkan. 1) Semua sampai puncak tak kira
keluar 2 pagi pun. Bermaksud tiada cut off time dan perjalanan dalam rantaian.
(Satu line, tiada yang terpisah). 2) Cut off time - siapa yang lebih masa, tak
leh naik puncak, kena mula turun dah. 3) Naik esok pagi.
Kesnya jadi ZOMBI adalah... kerana last line up
sampai puncak 8.30 malam. Kerana injured, kami terpaksa memperlahankan
perjalanan. Dan apabila badan dah penat, ditambah jalan perlahan-lahan,
mengantuk akan datang. Itulah jadinya kami macam ZOMBI hidup. Berjalan sambil
mata tertutup kerana diserang mengantuk. Ada yang atas trek tertidur sambil
menunggu line up belakang. Saya sendiri pun kerana menunggu walaupun 5 minit,
telah tertidur dekat trek. Bukan saya seorang sahaja, malah guider sekali
terlelap sekejap.
Makanya, guider dan gogo membuat pilihan bijak dengan berhenti
rehat di Kem Kasut. Pada Masa tu jam dah 1 malam. Bagi semua tidur dulu
sekejap. Paling syoknya bukan sekejap. 1 jam rehat. Ada yang siap bertanding
dengkur lagi. Nak katanya pewai dan sangat penat. Guider pun tertidur. Kita
semua paham, dia tidur sebab penat. Penat menunggu kami. Teramat penyabar
orangnya. Bukan calang-calang guide line up sampai 6.30 pagi. Boleh bagi 5
Bintang kat guider dan sweeper trip ni. Boleh pm tepi kalau nak guna servis dia
lagi. Dah biasa guide G7 trip nih.
vi) SETIAKAWAN - amatlah penting setiakawan pada masa ni. Keputusan gogo untuk
semua merasai puncak adalah keputusan yang terbaik. Tiada masalah bagi guider
dan line up. Pewai2 pun, puncak itu pasti. Trip bukan setiap minggu nih. G7
nih. Kemungkinan sekali seumur hidup je ni.
vii) TIDUR YANG MENCUKUPI - memang amat penting rehat
secukupnya jika nak hiking. Balik kerja, jangan buka phone dulu, dapatkan tidur
dulu. Set time pukul berapa perlu bangun supaya tak terlepas waktu. Tapi, perlu
siapkan berkemas dan setting beg awal2 dah. Sehari/seminggu sebelum dah kena
siapkan. Jangan expect dapat tidur dalam kereta. Ada yang tak dapat. Sebab
driver dengki😂😂😂😂. Orang lain dapat tidur, dia
kena drive. Kesian lah driver. Sama2 hiburkan driver😂😂.
Bila badan tak cukup tidur, itu yang jadi pewai awal. Nak
tertidur semasa berjalan. Sebab badan shock dan terlalu penat. Orang otai
panggil, overuse tenaga. Take note guys.
Alhamdulillah, trip kali ini
memberi saya satu pengalaman yang tidak pernah saya rasa seumur hidup saya. OT
sampai 6.30 pagi.😅😅. Dan sedikit ilmu daripada
guider setelah dirisik ilmu itu. InsyaAllah ada lagi ilmu, saya akan kongsikan.
https://www.facebook.com/groups/hacam2008/search/?query=siti%20hajar%20awang%20hassan&epa=SEARCH_BOX
Comments
Post a Comment