GUNUNG TAPIS KESUKAAN GAJAH


GUNUNG TAPIS KESUKAAN GAJAH


                        TRIP CAMPING 2 HARI, 1 MALAM.
                        DI SUNGAI LEMBING, KUANTAN, PAHANG.
                        7-8 SEPTEMBER 2019.

Nak ceritalah sikit apakah rahsia gunung ni. Gunung rare dan penuh kejutan.

Terletak, di kawasan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Dibuka pada tahun 80-an. Tapi, tak ramai yang boleh pergi kerna perjalanan yang jauh. Dulu tiada powil (4 wheel) untuk ke kaki gunungnya. Hiker dulukala akan akan berjalan kaki dari Pekan Sungai Lembing ke Camp 2. Merentas sungai bagai. Hiker dulu lebih kental, kuat semangat. Tak seperti zaman kita sekarang. Sudah maju. Siap ada powil seated lagi (ada tempat duduk).

Tahun 90-an, sudah mula ada powil, tapi tak ramai juga yang pergi sebab gunung tough (hardcore). Bila jalan baru dirintis pada tahun 2017, bertambahlah sikit pendakinya. Jalan baru lebih shortcut, tapi tetap tough. Dulu naik Gunung Tapis pakai laluan Bukit Taubat, tapi sekarang turun je ikut Bukit Taubat. Memang bertaubatlah tak nak repeat lagi😂😂.

PERJALANAN UNIK GUNUNG TAPIS:








1) Powil – Sudah ada tempat duduk berkerusi. Sebelum masuk ke hutan ini, perlu gunakan powil untuk ke camp 2. Biasanya kita akan naik powil pack macam ikan sardin. Berdiri terhuyung-hayang sana sini macam kambing dagang. Sebaliknya, powil ni pula sangat selesa. Entah idea asal darpada siapa, di modified dengan sangat kreatif. Terdapat seat untuk 12 orang sahaja serta berbumbung. Bolehlah berteduh daripada panas dan hujan yang cemburukan pendaki gunung. Perjalanan terasa santai walaupun 2 jam memutar tayar. Siap boleh buka cerita beberapa episod😂😂.

Boleh contact fb : Sungai Lembing Tour untuk tempahan powilnya yang first class
                                                        
                                                                    



























Bunyian alir sungai yang memecah kesunyian perjalanan. Dikala benak memikirkan semula tujuan menyeksa kaki di pagi hari, saat manusia masih enak di perbaringan tilam yang empuk dan lembutnya selimut.  
2) Sungai – Di awal perjalanan kami pun, sudah dijamu dengan sungai yang cantik. Selama lebih kurang sejam kami mengikuti laluan tepi sungai. Bolehlah juga cuci mata tengok sungai-sungai yang jernih dan balak-balak  besar yang terdampar di tepian kerna dibawa arus tali air. Bila sampai di Kolam Orkid pula, dipertontonkan lagi dengan sungai yang cantik dihias balak tumbang yang besar sebagai tarikan - telah membuatkan kami puas hati berdiri di atasnya untuk menangkap kenangan (berfoto). Tapi, perlu sangat berhati-hati kerana airnya yang dalam boleh diketahui melalui warnanya yang hijau gelap - tanda aras kedalamannya.






3) Air terjun - ada 2 air terjun kecil dan 2 yang besar. Air terjun besar yang pertama letaknya di Air Terjun Wasan. Indahnya air terjun ini kerna ada balak tumbang yang besar, menambahkan lagi posisi cantiknya. Diceritakan yang namanya Wasan ni shortform daripada nama-nama perintis gunung ni. Nama 5 sahabat yang bermula dengan awal huruf W,A,S,A,N. Air terjun seterusnya berhampiran basecamp (camp 3). Seronok berenang kat sini. Airnya tak dalam, sesuailah untuk kami yang tak berapa nak tinggi ini.















4) Taman bonsai - rare beauty.Terdapat taman bonzai yang hidup di lantai hutan. Kita boleh melawat dan tengok daun bonzai tu tanpa perlu memanjat pokoknya kerna bonzai di puncak adalah tumbuh sebagai pokok renek. Ibarat berada di ladang teh. Itulah rahsia paling unik gunung ini.

5) Periuk kera – mungkin sudah biasa tengok tumbuhan eksotik ni kan. Tapi yang ini lagi besar daripada apa yang kami pernah tengok. Warnanya hijau lebih kurang sebesar siku.Tiada gambar bersamaku kerana telefon kena wap, kualiti tidak cantik.

6) Pacak maha Pacak - bukan sejam je tau, tapi 3 jam lebih mengharung pacak (menaik). Pacaknya sehingga terpaksa memanjat pokok, melangkah akar banir dan kabak batu. Lutut bercium mulut harus ada. Jika dongak ke atas, Allahuakbar menggeleng kepala. Tadinya ketawa terbahak jadi masam mencuka pewai.






7) Gajah - najis bersepai. Di laluan balak, ketika menaiki powil, terdapat banyak najis gajah bersepah di tepi dan tengah jalan. Malah laluan ketika menuju basecamp 3 pun ada najisnya. Bukan itu sahaja, kat puncak pun ada najisnya. Hairan juga kami memikirkan rajinnya gajah ke puncak. Alhamdulillah tidak bertemu, tapi terdengar gajah menjerit di waktu malam di basecamp, mau tak melompat jantung. Untung ada pakar hutan yang tolong kawal keadaan. Kami paksa tidur juga untuk pendakian esok paginya.


8) Hujan pagi – walaupun hujan lebat disertai petir, kami tetap menruskan perjalanan 4.00 pagi itu agar tidak lewat check out hutan keesokannya.

9) Permatang – laluan gaung kiri dan kanan. Bila subuh-subuh sampai sini, menggigil kesejukan dibuatnya kerna angina datang dari kiri dan kanan. Disertai pula dengan hujan lebat sebelumnya, jari-jemari tidak boleh duduk diam saat takbir diangkat. Terketar-ketar dalam solat. Walaupun masing-masing berjaket.



10) Pokok mengkuang – kerna hutan tidak ramai yang jejak, jadi guider terpaksa menebas untuk membuat laluan kepada pendakinya.



11) Pokok Ada Rasa - bentuk seperti pokok banir yang besar semasa pendakian turun dari laluan Gunung Taubat. Lebih kurang 4 pemeluk besarnya. Rare lah tu. Mercu tanda gunung ini katanya.

12) Daun kuch kuch hota hai – masa perjalanan turun dari Bukit Taubat ke bawah, akan kelihatan daun seperti dalam cerita kuch kuch hota hai. Belakangnya warna putih jika lihat dari jauh seperti sampah tisu yang berselerakan.

13) Ceri hutan – terdapat juga guguran buah ceri hutan berwarna merah gelap. Ada yang cakap ianya buah ara hutan, tapi setahu mata saya, buah ara saya kenal benar.




Selain itu, ada binatang unik yang lain seperti harimau, ular, lipan, daun kuch kuch hota hai, tumbuhan rare, dll. Uniknya gunung ni.



Paling syok, di kaki gunung tersedia air kemenangan. Oren Ais + karipap. Terbaiklah punya trip. Otai gunung punya mesra alam tahap selesa untuk berborak. Tidak lokek dalam senyuman.

Mungkin terlalu uniklah, makanya ramai tak mampu nak pergi.😂 Serius tahap pacak gunung ini boleh buat training untuk ke Gunung Kinabalu😂😂.

KOMEN:
Orang Gunung zaman naik tapis guna lori..tu pun balik baru naik.. pergi jalan kaki dr pekan sg lembing.. 2001 trip 4h3m.. tobat rase..

 



Cupak Hammet Orang Gunung yup,kita naik pn zaman lori dari pekan....smpi sg pertama yg cross tu,jln je la kaki smpi kaki gunung😂😂
محمد ابن عبدالله Orang Gunung I feel you bro. Sedangkan yang 3H2M pun sakit, tobat rasa tapi pi lagi 2H1M pulak. Hahah
محمد ابن عبدالله jd trek legend dh ni..pergi sbb dh short cut..ha3
Orang Gunung Cupak Hammet ini la sungainyer


 
Cupak Hammet Orang Gunung hahaha....masa mula2 cross sg tu dh tau azab jln kaki sbb nampak gunung tu jauh lg🤣🤣🤣
Cupak Hammet Klu route yg baru ni x pasti la,klu yg dlu last waterpoint tu kt bukit yg ada kristal tak masak tu...cantik klu suluh mlm2,mcm bintang
Cik Lala Sy pergi thn 2002 jln kaki je dr skolah sg lembing
Cik Lala Pernah pergi thn 2002..4h3m...jln kaki dr sekolah yg trletak dkt pekan sg lembing...xpdc kibar jalur gemilang...untung skang nak pergi 2h1m je..naik powil
Huss Haniem Sy pergi thn 94. Naik lori jkr dari pekan sg lembing. Pergi musim hujan. Bergelumang pacat/lumpur x tau nak ckp. Panjat, gelongsor, panjat gelongsor berkali2. Terbenam kasut sedalam lutut. Terpaksa tarik ambik balik kasut juga sbb pinjam kasut kawan. Hahaha. Memori indah semua tu
NadiRimba Venture Nii klu Abe pokku Dan Nurul terbaca post ni pasti senyum..sebb moment ni la menyatukan diorang😀😘😘
Mohamad Razmi Perhhh best time nih...balik nak cross sungai arus deras sbb hujan, tumpang 4x4 sape dah utk cross...dok atas bonet depan
Mohamad Razmi 12mlm gerak dr pekan, kul 7pg br sampai sg pertama
Vessex Seventty Ebai Bai gunung Tapis lawola
Ebai Bai Vessex Seventty xnak g. Ado gajah.
Zulia Kamlon Dengar pun dah seram 😅😅😅😅😅... Sis Cuba training kat nuang la dulu camni
Nurul Hidayah Hahaha siap ada penapis santan lg tu 🤣🤣🤣
Amal Iman Leskinchan Huhu x tahu pun tmpt ni
Leskinchan Huhu Amal Iman haah..pes time dgr.
Fadhilah Ezree Azarai Wahhh... thorrbaekkk 👏👏taun lopeh den poie sg lombing, tak berkesempatan naik gunung tapis...tengok tang jauh je
Pian Proton Kuantan zaman 80an da naik 5kali... masa tu 4ari3mlm jalan kaki... walau letih, tp seronok... paling seronok dpt tido kat puncak... 😊😊😊
Pian Proton Kuantan Alhamdulillah.. Akhirnya Gunung Tapis dapat ditawan oleh anak2 didik SK Simpai bersama guru2 dan ibu bapa.. Sesuatu yg amat berharga buat anak2 didik, dan semua warga Sk Simpai..bermula sebuah impian akhirnya menjadi kenyataan, atas sokongan GB Abdul Malik Sulaiman YDP PIBG En. Abu Ler ibu bapa serta rakan sejawat di SK Simpai. Trip ni aku sendiri menjadi guide memandangkan trip kali ni anak2 didik aku dr tahap 2 dan ada 3 org wakil dr tahap 1, serta warga Sk Simpai serta ibu bapa.. bab2 pengendalian , kaedah , pelan tindakan keseluruhan prgram A, B, C, pelan risiko program serta SOP Pengendalian program aku susun dgn rapi bagi memastikan program berjalan lancar..sedikit titipan perjalanan xpdc pendakian g tapis sk simpai 2019..

Bermula 3 petang dr camp stay sungai lembing menaikin 6 buah pacuan 4 roda yg membawa seramai 30 org pelajar dan 30org guru dan ibu bapa, menuju ke destinasi yg tidak pernah terfikir oleh mereka..

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit melalui jalam balak merentas bukit bukau dan tiba di tapak permulaan pendakian di hilir kawasan air terjun wasan..keterujaan mereka apabila dalam perjalanan melihat sebuah gunung yg menjadi tempat latihan kepada pendaki everest.. kami tiba di tapak utk berkhemah pada pukul 4.30ptg. kerja2 pemasangan khemah dilakukan bersama2.

Malam menjelang tiba aku memberikan taklimat pendakian kepada semua dan semua peserta diarahkan utk berehat selepas taklimat.. pd pukul 3 pg semua peserta dikejutkan utk membuat persiapan keperluan pendakian.

Pd jam 5pg kami bergerak melalui trek air terjun wasan utk ,menuju ke kem 3, pergerakan pelajar disusun rapi agar perjalanan xpdc berjalan lancar. laluan yg berliku menyusuri batuan2, melintasi sungai menambahkan cabaran dan keterujaan para peserta, keindahan dan kecantikan air terjun mengasikkan para peserta.

Pada pukul 9.30 pg kami tiba di kem 3. disitu kami berehat seketika sambil menikmati sedikit juadah yg dibawa sebagai bekalan. makan nasi ngn ikan masin je bungkus dlm plastik hehe..

pukul 10pg bergerak ke puncak tapis, perjalanan yg amat mencabar menempuh .laluan yg berbatu, dan pacak, bak kata seorang kawan aku lutut ngn dagu berlaga la hehe..tp semua tu ditempuh dgn gurau senda yg menghiburkan dan kerjasama yg erat dr semua. guru2 ibu bapa n murid menjadi satu keluarga yg sentiasa bersatu hati.

Pukul 3.30 ptg kami tiba di kem permatang.. masing2 bertanya jauh lg ke cikgu?.. aku pun jawap tak jauh dh depan tu je.. hehe.. daki dan terus mendaki sambil ,menikmati keindahan alam akhirnya kami tiba di puncak pada pukul 5 ptg..

sampai di puncak mcm2 bunyi, cikgu cantiknya, lawanya, sejuknya, seronoknya, nk bungkus awan bawa balik boleh tak hehe.. masing2 umpama bermimpi dpt sampai ke puncak, ade kawan aku berkata fuhh dia punya trek jauh lebih mencabar de gunung kinabalu.. aku senyum je hehe..

Pukul 6.00 ptg kami bergerak ke Taman bonsai, kat situ pun terpancar kepuasan di raut wajah mereka seronok betul dpt menikmati keindahan yg belum pernah mereka lihat..

pukul 6.30 ptg bergerak turun semula ke kem 3, kami sampai ke kem 3 pd pukul 3.00 pg. berehat sambik menikmati makanan yg dibawa. pg tu dia punya sejuk perghh masing2 dok melingkung unggun api utk memanaskan badan hehe..

Jam 6 pg bersiap utk sarapan pg, pukul 8.00 pg bergerak melalui laluan trek bukit taubat nk bg semua bertobat hehe. untuk ke base camp 2 sampai di camp 2 pada pukul 11.30pg.. ingat masing2 bertobat dh tp rupa2nya dok lg hehe.. kalo ade lg prgram camni nk g lagi cikgu..walaupun susah tp mcm tak percaya kami mampu lakukan.. tu la kan cikgu kabo kesusahan tu bukan penghalang utk kita berjaya dan ia akan lebih bermakna lg bila kita sendiri yg bersusah payah utk berjaya..

Pukul 1.30 ptg bergerak keluar dan tiba di kem stay sungai lembing pada pukul 3.00 ptg..

sesungguhnya hanya jiwa yg kental mampu menyerap tekanan.. dalam menempuh laluan untuk mencapai kejayaan kita kena kuat dan kental walaupun apa dugaan yg datang.
sesungguhnya program ini memberikan kesan yg besar dalam mengeratkan lg hubungan antara rakan sejawat, hubungan antara PIBG dan sekolah serta hubungan antara guru dan murid..

pandanglah disebalik tabir sesuatu aktiviri itu maka kita akan melihat sesuatu yg nilai yg cukup bermakna..
terima kasih kepada Warga Sk Simpai, PIBG, Penduduk kg Simpai, dan semua yg terlibat menjayakan program ini.. Semoga Sk Simpai akan terus cemerlang dalam segala bidang
#sksimpaisekolahkutercinta
#pendayungburuk
#sweeper
#guidetapis
#kerjatuttut
#darknessteam
#kongsikegelapn
Nina VqmPirezhttps://static.xx.fbcdn.net/rsrc.php/v3/yA/r/_ZvGTxrlsmm.png Muhd Hafizzudin cerita dia ngeri sgt...but if tan sri sudi teman na jln setapak dua tige empat taim pacak tue,bole laa hahahahaha jom
Noor Maslinda Sy dh lama teringin nk naik tapis... tq for the nice story... yaa, aki Sungai Lembing Tour nye perkhidmatan pon terbaik.. die bwk gi air tejun pelangi.. hehe.. ok blh continue wishlist gunung ni😊

Mansor Omar
 Sebuah gunung yg jarang org teroka Gunung Gelemat like org ganung cakap gelap Gelemat 2 hari perjalanan drp Kg Pasir Raja, Hulu Dungun
Anuar Ismail dulu2 kita orang start treking dari pekan sg lembing bayangkan 2 hari baru sampai kaki bukit taubat...
Muhamad Bunaiya Penapis teh rare jgak tu😅
Muhamad Bunaiya Siti Hajar Awang Hassan owh,semperna dgn nama gunung kan?.hahaha
Jimmi Moscow Tapis Ada gajah ke
Hilmi Halim Jimmi Moscow rasa xde gajah. Kt bawah ada lah
Jimmi Moscow Hilmi Halim sbb tue nak kompomkan balik dgn dia Tang gajah tue ..Suh dia g Gagau .... Memang tercabar trek dia.. laluan Kita sama laluan gajah berkongsi trek yang sama
Siti Hajar Awang Hassan Jimmi Moscow gajah tu xnmpk, bunyi gajah berhampiran khemah tu dgr lah. Najis gajah pun jelas nampak, dekat puncak.
Siti Hajar Awang Hassan Jimmi Moscow x prcaya blh tanya guider kami Syafiq Fiq.
Syafiq Fiq Jimmi Moscow ada je gajah kt tapis tu..
Jimmi Moscow Siti Hajar Awang Hassan lah ye ke ...Tak perasan pulak dulu Naik .... Shahrizal Dollah mmg Ada gajah ye laluan ke gunung tapis cc Nazir My ... Maaf klu dulu Naik Tak da nampak gajah ...
Jimmi Moscow Siti Hajar Awang Hassan ye rasa kat bawah Pernah nampak MCM taik dia ...dah lama lupa plak ...
Siti Hajar Awang Hassan Jimmi Moscow dlu mgkin x berani naik. Skrg dh berani lh tu🤣🤣
Nazir My Jimmi Moscow gajah tu nak buat trans tapis 3 beradik jugak kot.. 😁

Shahrizal Dollah
 Kat puncak x penah jumpe lg Jimmi Moscow..dah puluh kali dah naik rasanye x penah jumpe lg kat puncak..
Siti Hajar Awang Hassan Shahrizal Dollah nt naik tapis, 2 minit sblum smpai puncak, tgok belah kanan, ad najis gajah disitu. Topik hangat kmi smua masa di puncak ritu. Hairan cmne gajah blh smpai puncak.
Jimmi Moscow Siti Hajar Awang Hassan jawapan nya senang je siti ..tempat kawasan rayau gajah telah di teroka ... Dulu kawasan bawah tue Aman dari sebarang ancaman ...sekarang balak dah Mula Masuk ..sbb tue gajah merayau di kawasan baru .... Dulu mmg Tak Ada gajah di kawasan puncak ..
Dan sepanjang trek pendakian ke puncak ... Sekarang gajah dah Tak da hala tuju ... Nak p Mana ...
Shahrizal Dollah Gajah pi air terjun pelangi pulak skarang Jimmi Moscow, baru jumpe pg td..ala baler, sian ke menatang..
Jimmi Moscow Shahrizal Dollah hutan dah di jarah MCM tue ler jadinya ... Kawasan rayau dah lesap
Ayu Fiera eh ade cite sket mana asal usul WASAN la.. haha
Shahrizal Dollah Wan Fariduddin
Muhamadin Amin Ayu Fiera up gmbar org y bkk trek tu skit. Dgr2 romantik pas ke hutan... 😂
Muhamadin Amin Ayu Fiera x de. 5 org tu sape lg.. W sape.. Tau ayu ngan shah. X glamour diorg nnt. 😂


Comments

  1. Kawasan puncak tu tak besar mana ruangnya dan ada 1 pokok je, masa tu tahun 2000 dan saya sempat panjat pokok tu. hehehe. Burung terbang atas kepala. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sempat panjat.. Dulu seronok. Tempat ni jarang orang dengar dan naik. Kira bertuah sangat dapat jejak kaki ke sini.

      Delete

Post a Comment