TRADEMARK "30 MINIT LAGI NAK SAMPAI PUNCAK",
KATA ORANG GUNUNG😪
~ Gunung Nuang Janda Baik 2.0 (16 Mac 2019)~
Bila orang dari atas tengah
turun berlaga dengan orang yang tengah nak memacak naik. "Sis, jauh lagi
tak nak sampai?". Balasnya, "tak jauh dah, lagi 30 minit".
Orait, jalan lagi. 30 minit kemudian, masih tak sampai2 juga. Aish. Tengok lagi
lagi orang berlalu turun, teringin nak tanya, "brother jauh lagi ke
puncak?". Jawabnya,"dekat dah, dalam 30 minit". “Haah???😮😮”. Tadi sis tu cakap 30 minit, ni tambah
lagi 30 minit. Aduhaii, makin lama makin jauh pulak nak sampai. Aishshemaa.🤔🤔
Akhirnya, annoying dengan jawapan
yang diterima, kami berhenti rehat sementara waktu, buat RNR sendiri sambal buat
eksperimen. Tanya dalam 2 @ 3 orang lagi, apa jawapan mereka.
Tik tok tik tok, orang ke-3, "Sir,
jauh lagi tak?" Responnya, "Tak jauh sangat dah, dalam 20
minit". Ok lah berkurang sikit. Tik tok tik tok. Turun lagi sorang Chinese.
"Madam, jauh lagi tak?" Bagitahunya, "Tidak jauh dah, lagi lebih
kurang 15 minit". Woww, semangat kami mendengar jawapan madam ni. Rasa nak
panjat cepat. Tapi wait, last person dulu. "Bang, estimate nak sampai
berapa lama lagi?" Lipaknya, "Ouh, lebih kurang 30 minit". Mak
aiii, bertambah semula. Hohoho. Terus semangat hilang🙄🙄🙄. Geleng kepala je la sis.😂😂. Dah lepas ni tak usah tanya lagi,
menyakitkan hati je. Panjat je biar sampai.
Namun, Alhamdulillah, dapat
juga kami selesaikan kan Trans-Nuang Reverse walaupun 18 jam😅😅. Tapi, sampai ke Kem Pacat je kerna cut off time dah
terlebih. Suatu Pengalaman yang sangat berharga. Juga pengajaran yang berguna
buat diriku. Dah pernah datang pun, nak juga challenge diri.
Penyesalan? Tidak, aku tidak menyesal pun
join challenge ini. Dan kerana setiakawan yang kupegang dan prinsip naik sesame
turun sesame, maka si kawan pewai, kita pun pewai sesame. Itulah harga sahabat
yang mahal di dalam dunia pergunungan. Tidak akan sesekali meninggalkan sahabat
di belakang.
“Ayat
ni la buat sakit hati 😂. Org lalu je xjauh da 20langkah je smpai 🤣 mula2 smngt lepas stgh jam trus patah
smngt 😆.” (Farhana)
“Biasa
lah, hiker kn..tu nk bgi semangat spya jgn stop.” (Rusailin).
“Ingtkan
pestime naik, skali 18jam ni bukan bese2. Omg” (Takashi)
“Ok
lagi tu 30 minit....ada yg kena 5 minit
lagi nak sampai...tapi tak sampei sampei pon.” (Bon)
“Tanya org yg turun mmg la sbb turun laju dr
naik. klu dia ckp lg 20min tu sbb dorg turun berlari mmg la 20min...yg nak naik
ni dh la pewai, memacak plak tu... hrus lah sejam pun tak sampai².” (Nazri)/
“Tunjuk
ajarku sifu.... 18 jam, tak mampu adik ni kak......” (Kamarual)
“Ok
lah tu... 30minit... Aq bagi kata semangat 10minit je... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣”
(Darwis)
“Sbb
30 minit lagi la group kami x sampai peak nuang 2 taun lps...sampai pengasih
je.pengalaman dr hari tu...janji x mo tanya sesiapa yg turun brp lama lg nk
sampai peak . Suraya Ismail Ruddy H. Zardasti masih ingat lagi tak 😂😂” Masa tu mental dh koyak 8 jam dh ontrek x
sampai2 lagi...pastu nyesal x sudah.x khatam nuang lagi😆😆” (Emma)
“Haha tgelak saya baca
conversation, experience lebih kurang mcm saya 😂” (Ika)
Comments
Post a Comment