BUKAN
BIASA BERTEMU SESUATU YANG LUAR BIASA
Hutan pergunungan tersimpan
beratus-ratus dan mungkin beribu-ribu penemuan dan khazanah yang unik. Bukan
saja penghuni hidup yang berkaki, malah tumbuhan hidup yang tiada pernah mata
memandang pun pelbagai. Namun, hanya mata yang ibarat burung helang akan dapat
melihatnya. Dianugerahi pancaindera artistik adalah suatu kelebihan. Buat hati
yang mendambakan damai, mendambakan ketenangan hijaunya hutan rimba, menjadikan
keunikan alam ini sebagai mainan kejaran, yang harus dijumpai dan dimenangi
jika menapak kaki ke tanah gunung.
Alhamdulillah sepencarian ke Gunung Nuang, Janda Baik dan Pangsun (Trans-Reverse) tempoh hari, dapat juga kami melihat dengan sendiri keunikan dan kecantikan yang tersimpan dalam pelosok hutan belantara gunung ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, hanya pujian bagi Allah SWT. Maha mengindahkan sesuatu.
Sejenis buah ke? Atau bunga? Tumbuh pada sudut akar pokok. Belum jumpa jawapannya.
*Katanya
guider, sejenis bunga kulat. Wallahualam bissowab.
Kulat yang tersusun bertingkat-tingkat macam rumah teres.
Cendawan untuk ubat, kata guider. Sebesar tapak tangan orang dewasa.
Cendawan Mustard.Berderetan cendawan yang katanya boleh dimakan. Boleh google.
Daun halus ibarat kekabu bantal. Tidak mengetahui apakah jenisnya dan asalnya dari pokok yang mana.
Daun yang mengambil bentuk periuk kera.
Lingkaran-lingkaran daun yang menyerupai paku-pakis.
Di tengah-tengah hutan gunung yang menurun ke Kem Pacat, terjumpa pula persalinan tulang millipade (ulat gonggok/ ulat 1000 kaki) ni.
Mata tidak terlepas pandang sewaktu memacak naik ke puncak Gunung Nuang via Janda Baik. Lebih kurang 15 minit nak sampai puncak. Kerana cintaku pada hutan, ku melihat Batu berbentuk “love”, pada pandangan mata artistik seperti ku.
Sungguh,
pada yang melihat itu akan mengetahuinya. Kalau kalian datang sini, jangan
sekadar mengejar puncak. Pandang juga pada alam yang indah ini. Rugi tau datang
jauh-jauh sekadar nak capai puncak. Kan seronok kalau nikmatinya tu.
Insyaa-Allah.
Comments
Post a Comment