HIKER GEMOK tapi KENTAL VS HIKER KURUS tapi PEWAI
Korang mesti ada kawan yang macam ni kan. Sorry guys,
words gemok kat sini tu maksudnya comel (jangan terasa).
Situasinya macam ni. Kawan ni punya lah kaki hiking yang
kental. Hampir setiap minggu lah dia pergi keluar masuk hutan. Kadang-kadang
bukit, kadang-kadang hutan. Konsisten lah katakan. Pace pun boleh tahan. Gunung
Hardcore dengan mudah je dia conquered. Tapi, tengok fizikal badannya, hairan
juga lah. Bukankah selalu kita dengar, kalau nak kurus, meh la masuk hutan.
Hiking boleh menguruskan badan. Saya sendiri pun turun beberapa kilogram lepas
hiking. Yang ni lain macam pula, sama je tengok. Tetap gemok (comel). Kawan ni
dulunya kurus, terkejut juga tengok gambar. Tapi sekarang dah gemok. Katanya, dulu
aktif keluar masuk hutan, tapi ada stop sekejap, tu yang berat badan naik, jadi
gemok ni.
Jadi, hasil kajiannya di sini, kalau impian nak kurus
atau fit, jangan tinggal exercise walau di mana pun kita berada. Nanti
kan, misi nak menguruskan badan melaui berhiking tak jadi plak. Yang tabiknya
pada kawan ni, walaupun gemok tapi kental. Sepanjang trip hiking dengan
kawan ni, laju je jalan, tak de nak pewai sangat. Kita pula yang ditinggalkanya
ke belakang. Cuma soalan yang masih belum terjawab, kenapa jika kita stop
hiking (aktif), then berat badan kita mendadak naik? Muscles bertambah ke? Dan macam
mana cara paling berkesan untuk orang-orang macam ni cari berat badan balik.
Ada kawan ni pula, kurus dah orangnya tapi tak
fit. Kalau pergi hiking, mesti ada yang pewai punya. Berbeza sangat dengan
si gemok (comel) tadi. Sekali tu, kawan ni muntah bila naik gunung yang
memacak. Kakinya apatah lagi, longlai. Kesian tengok. Katanya, dah nak tercabut
skru kakinya (gurau). Kurus tapi Pewai. Macam mana ye nak train orang
macam ni?
Nah, di sini nak cakapnya. Tak semestinya orang yang KURUS
tu fit dan tak semestinya orang yang GEMOK tu selalu pewai. Tapi,
sekarng baru nampak beberapa orang saja lah yang macam ni. Mostly, setakat yang
jumpa ni, kaki hiking yang gemok (comel) selalu pewai, dan selalu kena OT jika
jadi sweeper. Namun, jangan lah kita singgung line up slow gemok (comel) ni
jika kena OT lebih. Bagi peluang mereka belajar merasa bergunung juga. Cool
gitu.
Comments
Post a Comment